Pengenalan

Darul Ulum Al-Furqani ditubuhkan di atas dasar mewujudkan madrasah-madrasah yang berjalan di atas satu sistem pendidikan Islam yang tulin yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah. Madrasah yang diwujudkan oleh Nabi S.A.W bersama Sahabat R.Hum adalah yang berkonsep Ikhlas. Oleh itu Darul Ulum Al-Furqani tidak mengambil apa-apa bayaran kecuali sumbangan ikhlas.

Keikhlasan mendatangkan keberkatan yang besar, apatah lagi keberkatan dari ilmu Agama yang mana akan menjadi tunjang kekuatan untuk amal agama. Kita cuba lihat macammana pusat pengajian yang silam, semua mereka telah amal dengan begini seperti pusat-pusat pengajian pondok yang dulu dan di bumi hindustan boleh dikatakan bahawa keseluruhan madrasah di sana tidak megenakan apa-apa bayaran walaupun keadaan ekonomi disana agak daif. Oleh kerana itu Allah telah letak keberkatan pada mereka sehingga lahir dari kalangan mereka para-para huffaz dari golongan kanak-kanak lagi.

Di sini saya yang daif ini mengajak semua para-para Alim Ulama yang telah memiliki madrasah masing-masing supaya berusaha wujudkan kembali cara ini dan janganlah sekali-kali terlintas untuk mencari keperluan duniawi dengan agama. Allah maha mengetahui keadaan hamba-hambanya, Cuma Dia ingin melihat sejauh manakan tawakkal hamba kepadaNya. Wallahua’lam.

Ustaz Zamzami.