Objektif Penubuhan

  • Melahirkan generasi penghafal Al-Quran dan beramal dengan isi kandungannya sekaligus sebagai Al-Quran bergerak.
  • Melahirkan generasi yang berdisiplin dan mempunyai semangat pengorbanan di atas Agama yang tinggi demi menyahut tuntutan agama masa kini.
  • Menonjolkan sistem pendidikan Islam yang berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah
  • Membuktikan kepada masyarakat bahawa Darul Ulum Al-Furqani mampu memberi sumbangan besar kepada agama dalam proses menegakkan Syiar Islam di muka bumi Allah Ta’ala.
  • Atas maksud inilah Darul Ulum Al-Furqani akan berusaha sedaya upaya untuk mengembalikan masyarakat manusia supaya dapat menjadi hamba Allah yang diredhainya di dunia dan akhirat dengan menteladankan kehidupan sahabat-sahabat r.anhum yang telah mendapat kejayaan dunia dan akhirat. Mereka itu telah mendapat tarbiah dan pendidikan dari kekasih kita junjungan Nabi Besar Muhammad S.A.W.
  • Adalah menjadi cita-cita dan azam kami bahawa dengan pertolongan dan bantuan Allah Yang Maha Kuasa, kami akan usaha wujudkan sistem An-Nabawi ini diseluruh dunia seperti mana yang wujud di bumi hindustan, yaitu sediakan diri kita untuk khidmat sepenuhnya kepada pelajar-pelajar agama .